"SESUNGGUHNYA TELAH ADA PADA DIRI RASULULLAH ITU CONTOH TAULADAN YANG BAIK BAGIMU IAITU BAGI ORANG-ORANG YANG MENGHARAP RAHMAT ALLAH DAN KEDATANGAN HARI KIAMAT DAN DIA BANYAK MENYEBUT NAMA ALLAH.“ (AL AHZAB : 21)

Thursday 26 January 2012

DELIMA


Nama Tempatan
Delima

Nama Saintifik
Punica granatum L


Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayat-Nya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa a.s. lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.

Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.

Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaan-Nya sebagaimana yang termaktub dalam firman-Nya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.

 "Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima." (Surah al-Rahman ayat 68)


Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung-kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut.


Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.

Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah-buahan.

Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah-buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: 

"Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman."

Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis.

Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan Melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional Melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah-olah dibiarkan begitu sahaja.

Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia.

Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.
Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah Taala.

Syarat Tumbuh
Delima merupakan jenis subtropik yang bandel, dapat bertahan hidup pada suhu musim dingin yang rendah (-10° C). Buah berkualiti paling baik dihasilkan dari daerah yang beriklim dingin yang sejuk dan, musim panas yang panas dan kering;) Jenis ini tidak akan berbuah dengan baik di daerah-daerah yang beriklim sangat lembap. 

Pada keadaan lingkungan yang kering diperlukan pengairan untuk mempertahankan tingkatan hasil yang tinggi. Pohon delima toleran terhadap tanah yang bagi kebanyakan tanaman buah-buahan lain tidak dapat tumbuh subur, termasuk tanah berkapur dan tanah lembab. Di Asia Tenggara, pohon delima tumbuh dengan baik sampai ketinggian 1600 m dpl. pada berbagai tipe tanah dengan kisaran yang luas; di wilayah yang lebih basah pohon delima akan selalu hijau, pembungaan dan pembuahan menjadi berkepanjangan, dan kualiti buah menjadi lebih rendah.



ZAITUN


Nama Tempatan
Zaitun , olive

Nama Saitifik
Olea europaea 

Keluarga
Oleaceae



"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu"


Buah zaitun atau nama botaninya olea europaea tergolong dalam keluarga Oleaceae. Pokok zaitun sendiri boleh dikatakan termasuk dalam tanaman purba dan banyak ditanam di kawasan Meditranean tetapi tempat penanaman yang paling utama ialah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia, Morocco, Asia Tengah dan beberapa bahagian Afrika. Di dalam surah an Nur ayat 35 juga Allah menyebut tentang buah zaitun yang mana ulama seperti Maulana Majid, Maulana Maudoodi, Maulana Usmani, Maulana Haqqani dan Abdullah Yusuf Ali memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun

 
Pohon Zaitun

Pohon Zaitun Tua

Pokok zaitun adalah tanaman tahunan yang dapat tumbuh walau di tanah gersang sekalipun. Ðikenali juga dengan nama Olive, pokok zaitun ini biasanya akan berbunga pada musim bunga dan buahnya boleh dipetik pada akhir musim gugur sehinggalah musim sejuk. Buah zaitun mentah berwarna hijau terang. Apabila matang, buahnya akan berubah menjadi warna ungu kehitaman.

Buah zaitun mentah, rasanya masam sedikit dan agak pahit. Selalunya buah zaitun akan di ekstrak patinya menjadi minyak zaitun. Jika dimakan pun, buah mentahnya akan direndam dengan larutan garam menjadi jeruk. Terdapat beberapa jenis buah zaitun yang boleh dimakan terutamanya selepas dikeringkan di bawah cahaya matahari.

Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadis, setelah taufan dizaman Nabi Nuh A.S melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan.

Buah yang terbaik untuk dimakan adalah daripada Greece, “Kalamata olive” berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½” ke 1″. Ia dipek dan dipasarkan dalam minyak zaitun atau cuka. Buah-buah untuk tujuan ini akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.

Ðunia moden pada hari ini, melalui kajian-kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Melalui kajian-kajian sains semasa, mengiktiraf khasiat buah zaitun terutamanya apabila telah dijadikan minyak. Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Minyak zaitun merupakan sumber terbaik bagi lemak mono tidak tepu dan vitamin E. Bukan itu sahaja, minyak zaitun juga turut mengandungi fitonutrien polifenolik yang mempunyai aktiviti antioksidan.

Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit. Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, 

"Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati." (Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ibn Majah)

  

Terdapat pelbagai jenis minyak zaitun iaitu Extra Virgin, Virgin dan Light. Minyak zaitun Extra Virgin merupakan minyak yang paling asli dengan kadar keasidan 0.5 hingga 1%. Warnanya kehijauan dan sesuai untuk campuran sos salad. Minyak zaitun Virgin pula mengandungi kandungan keasidan sekitar 4% dan berwarna kekuningan. Biasanya digunakan sebagai campuran masakan. Manakala minyak zaitun Light pula adalah minyak yang mengandungi kadar keasidan lebih daripada 4%. Berwarna kekuningan dan biasanya digunakan sebagai pengganti minyak goreng.

Buah zaitun kaya dengan vitamin E dikatakan mampu melindungi sel-sel dari radikal bebas yang berbahaya. Menurut kajian, antioksidan ini dikatakan mampu menguatkan sistem imun, mengurangkan penyakit seperti selesema. Asid oleik di dalam buah zaitun pula dikatakan mampu berfungsi memberi keanjalan pada kulit dan melindungi elastin kulit dari rosak.


Kelebihan dan Kegunaan Zaitun
Cegah Darah Beku
Sumber polifenois, sebatian antioksidan di dalam buah zaitun dikatakan mampu mencegah darah beku yang berbahaya. Satu kajian dalam Journal of American College of Cardiology mengaitkan sebatian ini dengan peningkatan nitrik oksida, molekul jantung sihat yang meningkatkan pelebaran pembuluh darah dan aliran darah.

Jika dibandingkan dengan diet tinggi dalam lemak tepu, diet tinggi karbohidrat, terdapat beberapa kajian yang telah menunjukkan bahawa minyak zaitun bukan sahaja mengurangkan tahap LDL kolesterol tetapi turut merendahkan tahap gula darah dan mengurangkan keperluan insulin bagi pesakit tahap dua diabetes.

Mengurangkan Risiko Kanser
Satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar-pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Ðidapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur-sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut.

Ðalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar-pakar sains mendapati diet Mediterranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan asid oleik yang terdapat di dalamnya.

Meningkatkan Metabolisme
Buah zaitun dikatakan mampu meningkatkan metabolisme. Malah dikatakan mengambil setengah cawan buah zaitun setiap hari mampu mencegah kegemukan. Khasiat lemak tidak tepu dalam buah zaitun mempercepatkan pembakaran lemak dan mencegah gula diubah menjadi lemak.

Selain itu, kajian dalam British Journal of Nutrition mendapati, asid lemak mono tidak tepu merangsang choolecystokinin, sejenis hormon menekan nafsu makan yang menghantar isyarat kenyang ke otak.

Melambatkan Proses Penuaan
Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walau bagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Ði samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.

Menghindari Penyakit Kardiovaskular Dan Arteriosclerosis
Melihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat. Namun begitu, pengambilan minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan ‘phenol'. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah. Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung.

Kelebihan minyak zaitun boleh dilihat dalam situasi yang paling dekat dengan kehidupan kita di mana penggunaannya sebagai minyak masak. Walaupun banyak pendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidaklah sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan. Minyak masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau.

Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan puas sehingga seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.

Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai. Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud, "Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta)."

Ramuan Untuk Kecantikan
Ði samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik. Ini kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan. Oleh itu, sememangnya kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi.

Ðengan ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba-hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam al-Quran, malah pakar-pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya.


Ringkasan Manfaat Buah Zaitun :
  • Membantu mengatasi masalah darah tinggi
  • Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
  • Merendahkan tahap kolestrol berbahaya
  • Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis (pembuluh darah tersumbat dan sempit)
  • Mengurangkan risiko serangan kanser
  • Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
  • Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  • Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
  • Menyihatkan kulit dan rambut
  • Antioksidan - Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
  • Membekal vitamin E
  • Kegunaan massage terapi
  • Membantu mencegah Pembentukan Thrombus (Pembekuan Darah)
  • Membantu Mengurangkan Risiko Kanser (Kanser payudara, Rahim, Perut, Usus dan sebagainya)
  • Membantu mencegah serangan kanser Kulit Gelap (Malanoma)
  • Membantu menecah Radang Sendi (Rheumatoid Arthritis)
  • Mengatasi Masalah Kutu Kepala



Tuesday 24 January 2012

BUAH TIN


Nama Tempatan
Tin


Nama Saintifik
ficus sycomorus


Kandungan Unsur
Karbohidrat, protien, minyak, Yodium, Kalsium, Fosforus, Zat besi, Magnesium, Belerang (Fosfat), Asam Malic, Nicotinic, Chlorin.


Kelebihan dan Kegunaan
  • Bangsa Venesia Kuno memanfaatkan Buah Tin sebagai makanan dan ubat. Buah Tin digunakan sebagai plaster untuk mengubati Bisul (Jerawat) dan Rendaman nya digunakan untuk mengubati Demam.
  • Bangsa mesir Kuno menggunakannya sebagai ubat untuk pelbagai penyakit Lambung/Perut.
  • Ibnu Sina menegaskan bahawa buah tin sangat berguna untuk wanita mengandung dan menyusu serta bermanfaat untuk penyakit 'Busung Lapar'
  • Ar-Razi mengatakan bahawa Buah Tin Boleh menghakis asam dalam tubuh dan menangkalkan kesan negatifnya
  • Al-Muntawil Al-Baghdadi menjelaskan bahawa buah tin lebih bermanfaaat berbanding buah lain kerana didalamnya terkandung zat yang mampu melembutkan watak (emosi), menghilangkan haus, mengatasi masalah batuk kronik dan melancarkan pembuangan air disamping mebuka saluran-saluran makanan.
  • Ibun Qoyyim menjelaskan bahawa buah tin yang terbaik adalah buah tin berkulit putih kerana boleh melenyapkan batu di ginjal dan pundi kencing serta meneutralkan racun. Disamping itu ianya berupaya mengatasi gejala sakit tekak pada tenggorokan dan dada, membersihkan hati dan lymhoid serta menghilangkan campuran lendir dari lambung/perut. Buah tin yang kering memberikan penghantaran makanan yang berguna bagi saraf.
  • Baik untuk Tulang rapuh, nipis dan lembut kerana kaya dengan kandungan Kapur dan Fosfor
  • Kaya dengan Vitamin K yang dapat mengatasi kepekatan Darah (Thrombosis) serta menghentikan pendarahan
  • Rebusan daun Tin berguna untuk meredakan batuk dan mengubati haid yang tidak teratur. caranya dengan meminum air rebusan daun tin ini pada waktu yang dijangkakan datangnya haid.
 

Allah SWT Bersumpah atas nama Diri-NYA, Bersumpah demi Zat dan Sifat-sifat NYA, dan Bersumpah juga demi makhluk-makhluk NYA menunjukkan Keagungan dan Kekuasaan-NYA. Di antara makhluk-makhluk yang disumpahkan oleh Allah adalah buah tin (demi buah tin dan zaitun), ayat pertama dari surah At-Tin. Buah tin yang disumpahkan ini terdapat pada salah surah Al Qur’an dengan nama buah itu sendiri, tergolong tumbuhan jenis (Ficus) dari keluarga (Moraceae) yang menurut ahli botani jenisnya mencapai sekitar 700-an tersebar dipenjuru dunia.


Buah Tin termasuk dalam buah yang paling kaya kandungan Vitaminnya terutamanya vitamin B1, B2, dan Vitamin C serta kerotine yang merupakan unsur utama Vitamin A. Buah tin juga mengandungi banyak kandungan zat mineral terutamanya Besi, Kapur dan Tembaga, sebagai bahan-bahan pembentukan seltubuh dan pembentukan warna darah sehingga sangat memberi manfaat kepada pesakit kekurangan darah (anemia)

Ketika Dahan atau daunnya dipotong, maka akan keluarlah cairan seperti susu yang mengandungi Damar (resinous) dan berwarna putih. Jika dicampurkan ke dalam susu, susu akan menjadi pekat.

Biological form
Tree up to 15 m tall, terrestrial
Leaves
shape & colour
elliptic to subcordiform, chartaceous, apex rounded, base cordate to rounded, both surfaces scabrous to puberulous

size
14x10 cm

lateral veins
4-7 pairs, basal pair branched, reaching the margin at or below the middle of the lamina

petiole
0.5-3 cm long, puberulous
Stipules
0.5-1 cm long, (sub)puberulous, caducous
Figs
position
on 20 cm long branchlets on the branches (ssp. sycomorus) or in the leaf axils (ssp.gnaphalocarpa)

shape
globose to subpyriform, Æ 5 cm (fresh), (sub)puberulous

peduncle
0.3-0.6 cm long

basal bracts
2.5-3 mm long

  

Kandungan
  • Gula 18-30%
  • bahan Azote 51 %
  • Zat Lemak 10-20%
  • Buah Tin Basah (70 Kalori)
  • Buah Tin Kering (267 Kalori)


Buah Tin Sebagai Faktor Pencegah Tumor
Penggunaan buah tin sebagai ubatan mulai marak di seluruh dunia. Fakta ini diungkapkan oleh Jonathan Harwell, seorang pakar tumor Amerika Syarikat dari Lembaga Kanser Dalam Negeri di Bethesda Maryland, dalam Jurnal Lloydia Edisi Januari 1970. Dr. M. Kochi (dari hospital Ishi Shoka di Kota Shiba; Jepun) juga mempunyai pandangan yang sama terhadap perubatan Buah Tin. Beliau mencatatkan bahawa Kanser Ehrlich (Ehrlich Carnicoma) pada seekor tikus hilang ketika menggunakan perahan buah tin. pada Kongres Kanser Antarabangsa yang ke 12 tahun 1978, beliau meyakinkan bahawa adanya hasil penemuan yang baik dari buah tin ketika digunakan untuk mengubati Tumor Ganas pada manusia dengan cara melakukan pengembunan wap buah tin.

Setelah ujian ke atas tikus adalah berjaya, ujian pengubatan dilakukan ke atas 90 pesakit tumor kanser yang sudah lama dan harus dilakukan pembedahan. Setiap pesakit diberikan Minyak Almond Pahit yang sudah diformularkan dalam bentuk unsur sekloda castrin minyak almond pahit yang disingkatkan dengan "CDBA" melalui mulut dan Dubur dengan dos sebanyak 10mg / 1 Kg berat badan setiap harinya.

hasilnya 57 pesakit yang menjalani rawatan dinyatakan memiliki kemungkinan sembuh. 19 Pesakit di antaranya memberi tindakbalas secara sebahagian atau dengan kata lain pesakit mengalami penurunan lebih dari 50%. Pengubatan ini juga telah memaksa sel-sel kanser untuk berubah ke dalam bentuk yang normal. (Jurnal Cancer Treatment Reports edisi januari 1)