"SESUNGGUHNYA TELAH ADA PADA DIRI RASULULLAH ITU CONTOH TAULADAN YANG BAIK BAGIMU IAITU BAGI ORANG-ORANG YANG MENGHARAP RAHMAT ALLAH DAN KEDATANGAN HARI KIAMAT DAN DIA BANYAK MENYEBUT NAMA ALLAH.“ (AL AHZAB : 21)

Saturday, 12 November 2011

SIREH



Nama tempatan
Sireh

Nama Saintifik
Piper betle L.


Bahan Aktif
Flavornoid & Polyphenol


Kegunaan
  • Dalam perubatan jawi digunakan untuk bahan untuk anti bacteria dan anti virus di dalam produk Lady Cheer.                                                 
  • Digunakan untuk mengubati disentri, bronchitis, reumatik, bengkak-bengkak badan dan menghilangkan badan yang berbau.
  • Jus yang diperolehi daripada hancuran daun dititiskan ke dalam mata untuk mengubati penyakit mata. Jika diminum dapat mengubati penyakit gonorea(kencing bernanah).
  • Daun dikunyah dan disapu pada hidung dapat menyembuhkan ulser hidung.
  • Air rebusan daun digunakan untuk menyembuhkan membran mukus dalam mulut atau hidung.
  • Daun yang dipetik dari bahagian berhampiran dengan akarnya disapukan pada ulser  dan luka kerana daun tersebut tidak mempunyai jus yang banyak dan ia memberi kesan yang lebih baik. 
  • Daun dipanggang digunakan untuk mengubati penyakit asma dan batuk.
  • Daun sireh dihangatkan di atas api dan ditempatkan pada payudara untuk mengurangkan pengeluaran air susu berlebihan.
  • Daun ini juga sangat baik untuk melancarkan proses pencernaan 
  • Daun ditumbuk dengan sedikit garam dan dicampur air lalu disapu di bahagian yang terkena air panas untuk mencegah daripada melecur.
  • Meminum jus daripada 1-2 helai daun yang ditumbuk dapat menghilangkan sakit perut.
  • Untuk awet muda, daun sireh dan rizom kunyit digiling dan dicampur air asam jawa. Diminum setiap hari bagi mendapatkan kesan yang lebih baik.
  • Untuk perancangan keluarga, daun sireh dan daun kunyit digiling dan dicampur dengan air asam jawa. Hasil campuran diminum dan sisa ditampal pada perut selepas tempoh haid.
  • Daun dicelur(diseduh) dengan air panas, airnya digunakan untuk:     
               -   menghilangkan bau busuk dari mulut dengan cara berkumur
               -   menghentikan pendarahan gusi pada gusi yang baru dicabut giginya
               -   keputihan dengan menggunakan air tersebut untuk membilas





Saturday, 3 September 2011

TEBU GAJAH



Nama lain      
Akar manis, akar kulit manis

Nama saintifik
Albizzia myriophylla

Ciri-ciri tumbuhan   
Sejenis tumbuhan pemanjat. Mempunyai daun yang bewarna kuning keperangan.

Taburan                    
Tumbuhan ini dijumpai dari Tenasserim dan selatan Thailand. Di Malaysia, ia tersebar di Perak dan Pahang.

Kandungan sebatian kimia             
Lignan glikosid; (-)-syringaresinol 4-0-ß-Ð- apiofuranosil-(12)-β- Ð-glukopiranosid dan albizziosidA, B, dan C (Aiko et al., 1994).


Kegunaan secara tradisional           
Akar tumbuhan ini digunakan sebagai penawar untuk demam. Manakala daunnya digunakan untuk mengubati sakit telinga. Selain itu ia juga digunakan untuk membuang angin dalam badan dan juga sebagai ubat tenaga batin.

Produk HPA
Kopi radix dan lohard.

KAYU MANIS



Nama saintifik
Cinnamomum zeylanicum

Famili
Lauraceae

Ciri-ciri tumbuhan   
Sejenis pokok bersaiz sederhana, tinggi 10m hingga 15m, mempunyai kulit tebal, berwarna perang cerah dan beraroma sangat kuat. Daun berwarna hijau pucat, keras, bahagian atas berkilat dan berbentuk bujur. Bunga kecil berwarna kekuning-kuningan. Buahnya berwarna ungu.
           
  

Taburan                    
Terdapat di India, Indo-China, Asia Tenggara, Jepun, Brazil, Madagascar dan selatan China.

Sebatian Kimia         
3-dioksiraanodol, sinzeylanina, γ-terpineol, aseteugenol, epikatekin, sinamtanin B1, pavetanin D1, pavetanin C1, sinamtanin B2, sinamik aldehid, sinamaldehid, eugenol.

Bahagian yang digunakan dalam perubatan
Kulit, daun dan minyak pati.

Kegunaan secara tradisional           
Air rebusan kulit dan daun diminum untuk mengubati cirit-birit, mual, muntah, bengkak dalam perut dan usus, sejuk badan, selesema, tekanan darah tinggi, sakit sendi serta sakit tulang belakang. Ia juga digunakan untuk mengawal infeksi mikrob. Selain itu tumbuhan ini juga digunakan untuk merawat parut, senggugut dan sakit pinggang semasa haid. Tumbuhan ini tidak sesuai digunakan oleh wanita mengandung. Minyak pati daripada buah dan daunnya mengandungi 70% hingga 80% eugenol yang digunakan sebagai bahan pewangi.


Produk HPA
Serbuk Kulit Kayu Manis.

Wednesday, 17 August 2011

LALANG


 

Nama saintifik
Imperata cylindrica

Nama lain
Alang-alang

Taburan                    
Tumbuh sebagai rumpai di kawasan tanah yang telah diteroka. Dapat ditemui di kawasan tropika dan pan-tropika. Terdapat dengan banyaknya di Semenanjung Malaysia.

 

Kandungan sebatian kimia 
Akar dan batangnya mengandungi manitol, glukosa, sakrosa, asid malik, asid sitrik, koixol, arundoin, cylindrin, fernenol, simiarenol dan anemonin.



                                    Kegunaannya        
Air rebusan tumbuhan ini digunakan untuk mencuci darah dan sebagai agen diuretik. Ia juga boleh digunakan untuk merawat gonorea, demam dan cirit-birit. Masyarakat Cambodia menggunakan tumbuhan ini untuk merawat buasir. Manakala debu daripada lalang boleh digunakan untuk mengubati rheumatik. Akar lalang digunakan untuk merawat batuk, batuk berdarah, selsema, kencing berdarah (haematuria), pendarahan dalaman, demam kuning dan gatal-gatal pada kanak-kanak. Manakala bunga lalang pula digunakan untuk mengubati batuk berdarah, hidung berdarah dan penyakit paru-paru. Di Indonesia tumbuhan ini digunakan untuk mengubati dysuria (sukar atau sakit ketika kencing) dan haematuria (kencing berdarah).

Produk HPA
Malac

MENGKUNYIT



Nama saintifik
Coscinium blumeanum


Nama lain
Merkunit, sekunyit, kekunyit dan akar kayu berduri.

Famili
Menispermacea

Ciri-ciri tumbuhan   
Sejenis tumbuhan pemanjat berkayu.

Taburan                    
Tumbuhan ini didapati di Malaysia dan Sumatra. Manakala di Semenanjung Malaysia ia banyak terdapat di kawasan utara.

Kegunaan secara tradisional           
Masyarakat Melayu menggunakan akarnya untuk mengubati luka, kudis dan ulser. Selain itu akar atau batangnya juga digunakan untuk meredakan demam panas dan juga digunakan untuk ibu selepas bersalin. 

Produk HPA
Conscinium plus

SENNA


Nama saintifik
Senna alexandria

Ciri-ciri tumbuhan
Ia bersifat panas dan kering. Ia merupakan jenis tumbuhan yang terbaik dan menjadi pilihan kebanyakan pakar perubatan

Taburan
Tumbuhan ini adalah tumbuhan kebanyakan dan juga banyak terdapat di Mekah.

 Kandungan sebatian kimia 
 Tidak dilaporkan.

  
Kegunaan secara tradisional
Ibnu Majah telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.aw. bersabda, "Senna dan sanut adalah untuk kamu kerana padanya terdapat semua penawar bagi segala penyakit kecuali barah". Manakala dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda "Apa yang kamu gunakan untuk melancarkan pergerakan usus besar dan menggalakkan pengaliran daripada perut?" Aishah r.a. menjawab, “Euphorbia”. Baginda bersabda lagi, “Padanya terdapat penyakit dan ia sepanas api, sebaiknya gunakan senna”. Satu hadis lain berbunyi, “Jika ada penawar bagi maut, maka sennalah yang lembut dan menggembirakan”.

Produk HPA
Pelawas dan Teh Asiatica.

Tuesday, 16 August 2011

TEJA LAWANG

 

Nama lain
Medang teja/ Medang kemangi

Nama saintifik
Cinnamomum iners

Famili
Lauraceae

Ciri-ciri tumbuhan   
Sejenis pokok bersaiz sederhana, bercabang, kulit batang kelabu dan licin, batang berwarna perang kekuning-kuningan, sederhana keras, berkilat, licin dan beraroma. Daunnya tersusun bertentangan, licin, tebal, bentuk bujur, panjang 8 cm hingga 16 cm dan lebar boleh mencapai sehingga 13 cm, mempunyai tiga urat. Ia mempunyai bunga yang kecil dan berwarna kekuning-kuningan. Buah lebih kurang 10 mm panjang.   

Taburan                    
Terdapat di barat India, Indo-China dan Asia Tenggara.

Kandungan sebatian kimia             
Eugenol, terpena, aldehid sinamik, safrola, benzaldehid, alkaloid dan saponin.

     

Kegunaan secara tradisional           
Akarnya digunakan untuk menyembuhkan demam dan juga digunakan oleh ibu lepas bersalin. Bahagian daun dan batang pula boleh dijadikan penawar racun. Manakala bahagian daun, batang dan yang dikeringkan boleh dijadikan rebusan untuk mengubati sakit lemah-lemah tulang. Selain itu rebusan akar tumbuhan ini boleh digunakan untuk menambah tenaga badan dan dijadikan ubat periuk kaum wanita. Bahagian akar tumbuhan ini juga boleh digunakan untuk merawat penyakit asma, batuk dan lumbago (sakit di bahagian tulang lumbar)

Teja lawang penolak angin
u Teras  berusia lebih dari 100 tahun.
u Mengandungi minyak aromatik / wangian sarsi.
u Lebih daripada 40 spesis yang dikenalpasti.
u Aromatik menolong pencernaan.
u Rawatan kencing manis.
u Contoh lain : kulit kayu manis (cinnamon).

D’karm Untuk Jantung
u Kombinasi : Tuju Angin + Psylium
u 2 fungsi  : i) Total colon cleansing.
u                 ii) Karminatif – menolak angin keluar.
u Menguatkan otot jantung.
u Menguatkan aliran darah keseluruh tubuh.
u Apabila darah menjadi lemah, organ juga lemah.
u Aromatik perlu dibangkitkan : Buka 3 kapsul dalam air suam segelas dan minum.
u Jangan minum air ais dalam masa rawatan.

Kopi Radix Dan Kencing Manis
Teja Lawang & Tebu Gajah yang terdapat di dalam kopi radix bertindak menurunkan kencing manis (KM) dan menguatkan jantung.
ü  Kadangkala berlaku peningkatan awal sewaktu mengambilnya dan akan kembali normal bila diteruskan.
ü  Bagi yang terlalu asidosis (KM tak turun) boleh menambah sedikit garam bagi tujuan menguatkan penyerapan.
ü  Ketidakseimbangan angin di sekitar tubuh akan dapat dibetulkan.
ü  Penderita KM yang serius perlu mendapatkan air kedua dari secawan kopi.       

Produk HPA
Kopi radix, Radix Diet, Serbuk Kulit Kayu manis,

Thursday, 4 August 2011

TONGKAT ALI



Nama lain      
Payung ali/ penawar pahit/ setunjang bumi/ bedara pahit/ tongkat baginda/ pokok syurga/ tongkat ali hitam dan pokok syurga.

Nama saintifik
Eurycoma longifolia

Ciri-ciri tumbuhan   
Batang dan akar bewarna kuning cerah. Daunnya bewarna hijau pekat dan berkilat. Ia mempunyai bunga bewarna kekuningan dan tumbuh terjuntai ke bawah.

 Taburan        
Selalunya tumbuh di kawasan tanah berpasir atau berbatu di hutan tanah pamah bercerun dengan saliran yang baik. Pernah dilihat tumbuh sangat hampir dengan pantai. Pernah dicatat tumbuhan ini terdapat sehingga altitud  1500 m di Gunung Rabong, Kelantan.

Kandungan sebatian kimia             
Eurycomanone, 9-methoxycanthin-6-one, 14,15b dihydroxyklaineanone, 13,21-epoxyeurycomanone, eurycomanol, eurycomalactone, bourjotinolone A, kampesterol, niloticin, pasakbumins A, B, C dan D, piscidinol A, scopoletin, sitosterol, stigmasterol, alkaloid, benzokuinon, kuassinoid, saponin, sterol dan terpenoid.


Kegunaan secara tradisional           
Bagi pokok tongkat ali,  akar merupakan bahagian pokok yang sering digunakan berbanding bahagian lain dalam penyediaan produk herba. Antara khasiatnya ialah mengembalikan tenaga dan keceriaan, melancarkan perjalanan darah, memanaskan badan, ramuan herba periuk untuk wanita lepas bersalin. Daunnya pula digunakan untuk merawat demam, demam malaria, dijadikan ubat kumur untuk merawat gusi berdarah, cucian antiseptik untuk luka, ulser, siplis dan gonorea (penyakit kelamin) dan menghilangkan bisa gigitan. Selain itu tongkat ali juga menunjukkan kesan afrodisiak, antidot, antihipertensif dan antipiretik. Ia juga digunakan untuk merawat  batuk kering, pembengkakan vena dan kecacingan. Di samping itu pokok tongkat ali turut digunakan mengurangkan kesakitan pada tulang, meredakan gatal pada badan, merawat demam kuning, dropsi (bengkak yang disebabkan pengumpulan air dalam badan), ‘cachexia’ (kekurangan nutrisi), demam, cirit-birit, sakit perut dan lumbago (sakit belakang).

Produk HPA
Kopi radix, Herba radix dll

Wednesday, 23 March 2011

CEKUR


           
Nama saintifik
Kaempferia galanga

Nama lain
Kencur

Ciri-ciri tumbuhan   
Pokok herba ini mempunyai daun yang besar dan panjang dengan urat daun yang selari. Bunganya berwarna perang kehijauan dan akar berubi (rizom) seperti kunyit tetapi bewarna putih. Ia biasanya mempunyai ketinggian antara 6 – 10 cm dengan diameter batang 2-3 cm.

Taburan                    
Di tanam di India hingga Asia Tenggara dan selatan China. Tumbuh dengan baik di kawasan separa terlindung dengan saliran yang baik.

Kandungan sebatian kimia             
Keseluruhan rizomnya terdiri daripada minyak pati (essential oil) seperti ester sinamik, kaempferol, borneol, kamfana, sineol etil ester, paraeumarin, asid anisik, alkoloid dan mineral.

Kegunaan secara tradisional           
Boleh mencegah keguguran dengan menyapu perahan air cekur yang dicampur dengan perahan daun dedap dan minyak gandapura di perut. Ia juga digunakan untuk wanita lepas bersalin dengan meminum air rebusan rizom cekur. Manakala daun cekur pula digiling dan dijadikan demahan pada bahagaian badan yang bengkak bagi menghilangkan gatal tekak, ubi cekur dikunyah bersama garam.

Produk HPA
Minyak but-but