"SESUNGGUHNYA TELAH ADA PADA DIRI RASULULLAH ITU CONTOH TAULADAN YANG BAIK BAGIMU IAITU BAGI ORANG-ORANG YANG MENGHARAP RAHMAT ALLAH DAN KEDATANGAN HARI KIAMAT DAN DIA BANYAK MENYEBUT NAMA ALLAH.“ (AL AHZAB : 21)

Wednesday, 23 March 2011

CEKUR


           
Nama saintifik
Kaempferia galanga

Nama lain
Kencur

Ciri-ciri tumbuhan   
Pokok herba ini mempunyai daun yang besar dan panjang dengan urat daun yang selari. Bunganya berwarna perang kehijauan dan akar berubi (rizom) seperti kunyit tetapi bewarna putih. Ia biasanya mempunyai ketinggian antara 6 – 10 cm dengan diameter batang 2-3 cm.

Taburan                    
Di tanam di India hingga Asia Tenggara dan selatan China. Tumbuh dengan baik di kawasan separa terlindung dengan saliran yang baik.

Kandungan sebatian kimia             
Keseluruhan rizomnya terdiri daripada minyak pati (essential oil) seperti ester sinamik, kaempferol, borneol, kamfana, sineol etil ester, paraeumarin, asid anisik, alkoloid dan mineral.

Kegunaan secara tradisional           
Boleh mencegah keguguran dengan menyapu perahan air cekur yang dicampur dengan perahan daun dedap dan minyak gandapura di perut. Ia juga digunakan untuk wanita lepas bersalin dengan meminum air rebusan rizom cekur. Manakala daun cekur pula digiling dan dijadikan demahan pada bahagaian badan yang bengkak bagi menghilangkan gatal tekak, ubi cekur dikunyah bersama garam.

Produk HPA
Minyak but-but

Tuesday, 22 March 2011

MENGKUDU



Nama saintifik
Morinda citrifolia


Nama
Noni atau ‘queen of the morinda’.
  
Ciri-ciri tumbuhan
Tumbuhan bersaiz sederhana, boleh mencapai ketinggian sehingga 3m hingga 10m. Daunnya berbentuk elips, warna hijau berkilat. Jambak bunga pendek dan menghasilkan bunga berwarna putih dan tersusun padat. Buah masak adalah lembut, bewarna putih atau kehijau-hijauan, masam dan berbau tengit.
Taburan
Morinda citrifolia didapati tumbuh di negara-negara tropika termasuk Malaysia. Biasanya ia tumbuh liar dan kadang kala ditanam. Ia tumbuh dengan baik di kawasan berhampiran pantai. Morinda citrifolia atau mengkudu sangat terkenal di kawasan Asia Tenggara, Kepulauan Pasifik dan Carribean sebagai bahan perubatan tradisional.

Kegunaan
Arteriosklerosis, asma, kencing manis, rheumatik, kesuburan, melancarkan haid, penyakit hati, beri-beri dan penyakit kulit seperti kudis buta, ulser, luka dan psoriasis.

Kandungan sebatian kimia 
Alizarin, asperulosid, xeronin, asid askorbik, potasium, morindin, skolopetin, karatenoid, riboflavin, niasin, β-sitosterol, alkaloid dan flavon glikosida. Selain itu mengkudu juga turut mengandungi alkaloid, marindone, acudin dan antrakuinon

Kegunaan secara tradisional
Buah mengkudu baik digunakan untuk wanita selepas bersalin. Jus mengkudu baik untuk merawat leucorea (keputihan), sapraemia (ketoksikan darah yang disebab oleh bakteria saprofitik iaitu bakteria yang hidup pada benda mati atau reput), dysuria (sukar atau sakit ketika membuang air kecil) dan diabetis. Buah mengkudu juga digunakan untuk merawat bengkak limpa, penyakit hati, beri-beri (penyakit yang disebabkan kekurangan vitamin B1), pendarahan dalaman dan batuk. Isi buah mengkudu dihancurkan bersama gula dan diminum untuk mencuci usus. Daunnya digunakan untuk menghilangkan batuk, limpa yang membesar, peradangan kolon, mual, demam dan penyakit kulit. Getah daun mengkudu pula digunakan  untuk merawat artritis. Manakala rebusan kulit batang mengkudu ini digunakan untuk merawat penyakit malaria. Kulit akar mengkudu dipercayai dapat digunakan untuk merawat darah tinggi, lumbago (low back pain) dan kekejangan.

Produk HPA
Kapsul Mengkudu, Moment

ASAM GELUGOR

Nama Saintifik 
Garcinia cambogia 

Taburan
Tumbuhan ini berasal dari India, Thailand dan turut terdapat di Asia Tenggara.

Kegunaan
Di India tumbuhan ini digunakan untuk merawat edema, masalah haid, sembelit dan jangkitan cacing di dalam usus. Selain itu ia juga digunakan secara tradisional dalam penyediaan makanan dan pengawetan.

Sebatian Kimia
Dikenali sebagai ‘hydroxy citric acid’ iaitu sejenis asid organik semulajadi.

Kajian Saintifik
Kajian yang dijalankan mendapati ianya dapat
  • merencat proses sintesis lemak (lipogenesis).
  • merendahkan pengeluaran kolestrol dan asid lemak.
  • meningkatkan pengeluaran glikogen di hati.
  •  mengurangkan keinginan terhadap pengambilan karbohidrat dan seterusnya dapat mengawal selera makan.
  • mengelakkan karbohidrat berlebihan daripada ditukarkan kepada lemak.
  • membantu proses metabolisme tubuh berfungsi dengan lebih berkesan
  • meningkatkan pengeluaran haba oleh badan dengan mengaktifkan proses termogenesis.

Bagaimana Herba ini membantu Mengurangkan Berat Badan anda
Secara teorinya ianya dapat menolong mengurangkan proses sintesis lemak di dalam badan. Apabila tubuh mengambil kalori yang berlebihan daripada yang diperlukan, ianya akan bertindak menyekat aktiviti sejenis enzim iaitu enzim ‘ATP-citrate lyase’ daripada mengeluarkan Asetil CoA. Asetil CoA bertanggungjawab untuk mensintesis asid lemak.

Selera makan dikawal oleh sebahagian daripada sistem saraf dengan menghantar maklumat saraf tersebut dari hati ke otak. Penyelidik berpendapat bahawa ianya juga turut mempengaruhi selera makan dengan meningkatkan paras glikogen hati (disimpan dalam bentuk glukosa) dan seterusnya akan menyebabkan rasa kenyang di bahagian otak.

Produk HPA
Stoma-K

JERING

Nama saintifik                      
Pithecellobium jiringa

Ciri-ciri tumbuhan   
Pokok jering sederhana besar, ketinggiannya mencapai 25m. Kulit batangnya bewarna perang pucat kemerahan dan licin. Daun jering jenis majmuk terdiri daripada 2-3 pasang anak daun yang tersusun padat pada dua tangkai sisi. Pucuknya lembut berjurat berwarna ungu muda atau ungu. Bunganya kecil berwarna putih krim. Lenggai atau buah jering mempunyai lebar kira-kira 5 cm, bewarna perang keunguan gelap, berkulit tebal atau bercuping. Bijinya berwarna hijau muda kekuningan dan bertukar perang kemerahan apabila masak. Rasanya lemak-lemak pahit, agak pedar dan berbau kuat.


Taburan                                
Tersebar di seluruh Malaysia. Kebanyakan hidup liar di tepi-tepi hutan dan di hutan sekunder tetapi terdapat juga yang ditanam di dusun campuran atau di sekitar rumah.


Kandungan nutrisi
Jering mengandungi 10.5% protein, 84.1% karbohidrat, 52% air, 1.0% abu, 0.8% lemak, 3.6% gentian, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B dan C, sistin, alil sulfur, alkaloid dan asid jengk

Kegunaan tradisional           
Buah jering mempunyai nilai perubatan iaitu dapat mengurangkan tekanan darah tinggi. Daunnya digunakan untuk merawat sakit kulit dan sakit dada. Manakala kulit kayunya pula boleh dibuat ubat kumuran untuk sakit gigi. Buahnya digunakan untuk ubat kencing bernanah dan sakit gigi. Tumbuhan ini juga digunakan untuk merawat kencing manis. Selain itu kulit buahnya digunakan untuk membasuh rambut. Bagi mengubati batu karang dalam air karang, biji buah jering ditunbuk halus bersama sedikit halia dan direbus.Manakala air rebusan tersebut diminum setiap hari. Walau bagaimanapun pengambilan jering yang melebihi dos boleh menyebabkan ketoksikan yang boleh menyebabkan ‘hiperaemia’ ginjal iaitu peningkatan darah yang keterlaluan di ginjal dan kesukaran untuk membuang air kecil.

Produk HPA
Plantisol

Monday, 14 March 2011

KACIP FATIMAH


Nama saintifik
Labisia pumila Ia pernah dinamakan sebagai Labisia pothoina.

Family
Myrsinaceae

Nama lain   
Kacip Fatimah, selusoh Fatimah, rumpur Siti Fatimah, kacit Fatimah,pokok pinggang, rumput palis, tadah matahari, mata pelanduk rimba (Malay); Sangkoh (Iban).

Ciri-ciri tumbuhan   
Kacip fatimah merupakan jenis herba berkayu dengan rizomnya yang tumbuh menjalar.  Secara umunya ia mempunyai ketinggian 8 – 10 cm, dengan diameter batang di antara 1 – 2 cm. Daunnya berbentuk bujur dengan buahnya berwarna hijau dan berangkai-rangkai. Namun begitu, hasil kajian taksonomi botani mengenalpasti hanya tiga varieti Labisia pumila yang diperolehi di Malaysia iaitu L. pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var. lanceolata (Stone, 1988). Varieti ini dibezakan melalui ciri tangkai daunnya iaitu L. pumila var. alata mempunyai tangkai daun yang pendek (2-8 cm) bersayap lebar, sementara tangkai daun L. pumila var. pumila juga adalah pendek (2-8 cm) dan bersayap halus. L. pumila var. lanceolata pula mempunyai tangkai daun yang panjang (5-13 cm) tanpa sayap). Ia dikategorikan sebagai tumbuhan yang bersifat sejuk (Abdul & Muhamad 1996), oleh itu ia boleh digunakan untuk rawatan penyakit atau keadaan yang bersifat panas.

Taburan                    
Tumbuhan ini tumbuh dengan meluas di hutan, terutamanya di hutan pamah dan lereng bukit.
                                                                                     
Kandungan sebatian kimia             
Hasil kajian mendapati fitokimia mendapati bahawa daun dan akar kacip fatimah mempunyai sebatian-sebatain resorsinol alkenil (sebatian fenol) iaitu (Z)-5-(pentadek-4’enil) resorsinol, (Z)-5-(pentadek-8’-enil) resorsinol dan (Z)-5-(pentadek-10’-enil) resorsinol dan sebatian bezokuinon. Kajian yang dijalankan terhadap sampel kacip fatimah yang diperolehi dari Hutan Simpan Lembah Danum, Sabah dan Krau Game Reserve, Pahang menunjukkan tumbuhan ini memberikan kesan negatif terhadap ujian untuk alkaloid, saponin dan triterpena/steroid. Walau bagaimanapun spesimen batang kacip fatimah yang diperolehi dari hutan simpanTemerloh, Pahang memberikan keputusan positif yang agak lemah bagi ujian saponin.

Kegunaan secara tradisional           
Ubat periuk yang terdiri daripada kacip fatimah dan beberapa herba lain dipercayai boleh memulihkan kesihatan dan fungsi fizikal dan mental. Ia lebih popular digunakan oleh kaum wanita bagi rawatan selepas bersalin, dalam minggu pertama hingga minggu kelima, kerana ia dipercayai boleh melancarkan peredaran darah, menggalakkan pengecutan rahim, menjarakkan kehamilan dan menambah atau memulihkan tenaga. Sementara sediaan dalam bentuk kapsul banyak digunakan untuk penjagaan kesihatan secara umum khususnya bagi kaum wanita.

Selain itu pokok kacip fatimah ini juga digunakan untuk mengubati buasir dan penyakit dalam tulang dengan meminum air rebusan akarnya. Daunnya yang telah ditumbuk dicampur dengan minyak kelapa digunakan untuk merawat bayi yang mengalami kembong perut. Rebusan tumbuhan ini juga digunakan untuk memudahkan bersalin selain digunakan untuk merawat senggugut, gonorea (penyakit kelamin), senak perut, cirit-birit dan rheumatik.

Produk HPA
Paramaria plus