"SESUNGGUHNYA TELAH ADA PADA DIRI RASULULLAH ITU CONTOH TAULADAN YANG BAIK BAGIMU IAITU BAGI ORANG-ORANG YANG MENGHARAP RAHMAT ALLAH DAN KEDATANGAN HARI KIAMAT DAN DIA BANYAK MENYEBUT NAMA ALLAH.“ (AL AHZAB : 21)

Monday 14 March 2011

HEMPEDU BUMI


Nama saintifik
Andrographis paniculata
 
Nama lain
Pokok cerita

Famili
Acanthaceae

Ciri-ciri tumbuhan   
Tumbuhan jenis herba, tumbuh tegak, batang bersegi dan licin. Herba tahunan dan ketinggian pokok sekitar 30-90 cm.     
           
Taburan                    
Terdapat di seluruh negara tropika. Tumbuh dengan baik di kawasan sedikit terlindung dan lembab.

Kandungan sebatian kimia 
Andrograpanin, andrografisida, furanoditerpena andrografolida, asid klorogenik, panikulid A, B dan C, diterpen glikosida dan asid kafeik polifenol. Mineral kalsium, kalium dan natrium.

                                    Kegunaan secara tradisional           
Daun atau keseluruhan tumbuhan ini dimakan untuk membunuh parasit (antihelmintik), mencegah ketumbuhan (antitumor), mengembalikan keceriaan, merawat darah tinggi, tahan sakit, tingkatkan sistem imuniti, kedatangan haid yang tidak tetap, demam, terkena patukan ular, digigit serangga berbisa,  diabetis, sakit dada, sakit tekak, sakit kulit dan cirit-birit.

Produk HPA
- IMT
- IMT Drink

No comments:

Post a Comment