"SESUNGGUHNYA TELAH ADA PADA DIRI RASULULLAH ITU CONTOH TAULADAN YANG BAIK BAGIMU IAITU BAGI ORANG-ORANG YANG MENGHARAP RAHMAT ALLAH DAN KEDATANGAN HARI KIAMAT DAN DIA BANYAK MENYEBUT NAMA ALLAH.“ (AL AHZAB : 21)

Friday 11 March 2011

KENALI HERBA


Nama saintifik
Centella asiatica

Famili
Apiaceae

Ciri-ciri tumbuhan
Tumbuhan herba yang tumbuh menjalar di atas tanah. Akarnya keluar daripada nodus batang. Daun berbentuk bulat, 2 cm hingga 5 cm lebar, tepi daun bergigi, berbentuk ginjal, mendatar, tangkai daun lurus dan panjang dan berwarna hijau. Jambak bunga biasanya tiga pasang, kurang daripada 1 cm panjang dan mengandungi tiga bunga berwarna ungu gelap. Buah kecil, berbentuk ovoid, berwarna putih atau hijau.

Taburan
Terdapat di kebanyakan negara tropika, tumbuh di tanah agak lembap, di kawasan terbuka, sawah padi dan padang.

Kegunaan
Ia digunakan untuk mengurangkan sakit gigi, merawat sakit tembolok dan kencing tidak lawas. C. asiatica digunakan untuk menghilangkan rasa pening dengan cara menumbuk secubit ‘garam jantan’ bersama pegaga hingga lumat dan airnya diminum setiap pagi. Selain itu, C. asiatica juga digunakan untuk meransang dan memudahkan penyingkiran najis, sebagai agen pembersih toksin dalam tubuh, meningkatkan keupayaan menghadam makanan, meningkatkan sistem imunisasi badan, daya ingatan dan tumpuan, mengurangkan kelesuan dan tekanan, membaiki dan meningkatkan sistem saraf, membantu sistem peredaran darah dan menguatkan saluran darah. C. asiatica juga digunakan untuk merawat cirit-birit dan najis berdarah akibat sembelit, ulser perut, gastrik, jangkitan salur kencing, mengurangkan bengkak otot dan kaki, kekejangan otot, mengelakkan urat timbul, sukar tidur, sakit kepala dan untuk menyejukkan badan. Centella asiatica juga turut digunakan di Kelantan untuk mengubati malaria.

Selain itu, pegaga merupakan herba terbaik untuk meningkatkan sistem saraf. Ia digunakan oleh kebanyakan orang untuk meningkatkan kebolehan belajar dan meningkatkan daya ingatan. Hal ini mungkin disebabkan oleh tindakan pegaga mencuci darah, menguatkan jantung dan menstabilkan hormon. Hasil daripada tindakannya meningkatkan sistem peredaran darah, maka ia sesuai digunakan untuk mengelakkan dan merawat gangguan sistem saraf. Hal ini mungkin kesan daripada tindakan pegaga meningkatkan tenaga dalam sel otak.

Kandungan sebatian kimia 
Sebatian aktif yang terdapat di dalam minyak pati (essential oil) yang terdapat di dalam pegaga ialah a-humulene, b-caryophyllene dan germacrene-D. Minyak pati yang terdapat di dalam daun, stolon dan akar C. asiatica turut mengandungi linalool, α-copaene, β-elemene, 1-decanol, (E)-b-farnesene, β-acoradiene, δ-cadinene, Epi-bicyclosesquiphellandrene, Epiglobulol dan Neophytdiene. Selain itu C. asiatica dilaporkan mengandungi kuersetin, kamphor, cineole, alkaloid, flavonoid glikosid dan hyperin, β-sitosterol dan stigmasterol, resin, tanin dan velarin. Sebatian aktif yang utama yang terdapat di dalam pegaga ialah terbitan triterpenoid pentasiklik iaitu asid asiatik, asiatikosid, asid madekassik, dan madekassosid yang mana termasuk di dalam kumpulan b-amirin ursolik. Selain itu C. asiatica juga dikatakan kaya dengan sumber vitamin seperti vitamin A, B, D dan K serta mineral seperti magnesium, kalsium dan sodium. 

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pegaga berupaya mengimbangkan tindakan metabolisme dan mampu meningkatkan pencantuman/ penyatuan tisu penghubung (tisu konektif) dengan meransang sintesis glikosaminoglikan tanpa meningkatkan sintesis kologen atau pertumbuhan sel secara berlebihan. Hasilnya pertumbuhan tisu penghubung ini berlaku secara normal.

Kajian melaporkan ekstrak pegaga mengandungi 70% asid triterpenik (asid asiatik, asid madekassik dan asiatosid) telah menunjukkan kesan yang hebat apabila diberi secara oral pesakit yang mengalami selulit, ketidakupayaan vena di bahagian kaki dan pembengkakan pada salur vena. Tindakannya ke atas selulit mungkin mempunyai hubungkait dengan kemampuan sebatian aktif ini untuk meningkatkan struktur tisu penghubung dan mengurangkan sklerosis pemejalan/ pengerasan. Tindakan bahan bioaktif ini terhadap ketidakupayaan vena dan pembengkakan pada salur vena ini merupakan kesan hubungan daripada tindakannya terhadap tisu penghubung. 

 Pegaga dan HPA
         Teh herb -100 % pegaga (Gotu Kola)
         Evergreen – pegaga + spirulina.
         Teh Asiatica – Tambahan daun senna (laxative)
                                  (khusus ada masalah sembelit)
         Digunakan untuk nerve tonic seperti sawan, masalah otak dan menguatkan ingatan.
         Digunakan untuk demam dan peradangan.
         Anak kecil demam (Teh Instant).
         Aluminum, fiber, manganese, sodium, thiamine dan vitamin A yang tinggi.
         Aluminum mengelakkan Parkinson’s, Alzheimer’s dan Down’s sindrom.
         Masalah kulit, peradangan perut, ulser, sopak, taun dan sakit kepala.
         Mengandungi “volatile oil” untuk diuretik dan blood purifying dan mengembalikan fungsi ginjal.

Sinergi
    1. Pelengkap sinergi (+ madu)
    2. Kencing Manis – TH + Plantisol
    3. Gangren – Rendaman 3 uncang segelas.
    4. Gout - TH + Malac
    5. Hepatitis B – TH + Omega 3.
    6. Air Teh Herba untuk membersihkan muka.
        - boleh dicampur dengan bedak sejuk/dingin.
    7. Jerawat – TH + Coscinium Plus.
    8. Pengguna mesin hemodilisis – TH + Malac.
    9. Darah rendah/keputihan – TH + Gula merah.
   10. Antibiotik (D) - TH  (K)- Teh Instant.
   11. Darah tinggi – TH + Vitex.
   12. Fibroid – TH + Shark Cartilage.

1 comment:

  1. Top 10 casinos near Buffalo, NY from Mapyro
    Buffalo 김천 출장샵 has become one of the 통영 출장샵 best Buffalo hotels in the world 이천 출장마사지 for travelers looking 남원 출장마사지 to get in on the action. It has a very 남양주 출장마사지 nice ambience,

    ReplyDelete