"SESUNGGUHNYA TELAH ADA PADA DIRI RASULULLAH ITU CONTOH TAULADAN YANG BAIK BAGIMU IAITU BAGI ORANG-ORANG YANG MENGHARAP RAHMAT ALLAH DAN KEDATANGAN HARI KIAMAT DAN DIA BANYAK MENYEBUT NAMA ALLAH.“ (AL AHZAB : 21)

Tuesday 22 March 2011

MENGKUDU



Nama saintifik
Morinda citrifolia


Nama
Noni atau ‘queen of the morinda’.
  
Ciri-ciri tumbuhan
Tumbuhan bersaiz sederhana, boleh mencapai ketinggian sehingga 3m hingga 10m. Daunnya berbentuk elips, warna hijau berkilat. Jambak bunga pendek dan menghasilkan bunga berwarna putih dan tersusun padat. Buah masak adalah lembut, bewarna putih atau kehijau-hijauan, masam dan berbau tengit.
Taburan
Morinda citrifolia didapati tumbuh di negara-negara tropika termasuk Malaysia. Biasanya ia tumbuh liar dan kadang kala ditanam. Ia tumbuh dengan baik di kawasan berhampiran pantai. Morinda citrifolia atau mengkudu sangat terkenal di kawasan Asia Tenggara, Kepulauan Pasifik dan Carribean sebagai bahan perubatan tradisional.

Kegunaan
Arteriosklerosis, asma, kencing manis, rheumatik, kesuburan, melancarkan haid, penyakit hati, beri-beri dan penyakit kulit seperti kudis buta, ulser, luka dan psoriasis.

Kandungan sebatian kimia 
Alizarin, asperulosid, xeronin, asid askorbik, potasium, morindin, skolopetin, karatenoid, riboflavin, niasin, β-sitosterol, alkaloid dan flavon glikosida. Selain itu mengkudu juga turut mengandungi alkaloid, marindone, acudin dan antrakuinon

Kegunaan secara tradisional
Buah mengkudu baik digunakan untuk wanita selepas bersalin. Jus mengkudu baik untuk merawat leucorea (keputihan), sapraemia (ketoksikan darah yang disebab oleh bakteria saprofitik iaitu bakteria yang hidup pada benda mati atau reput), dysuria (sukar atau sakit ketika membuang air kecil) dan diabetis. Buah mengkudu juga digunakan untuk merawat bengkak limpa, penyakit hati, beri-beri (penyakit yang disebabkan kekurangan vitamin B1), pendarahan dalaman dan batuk. Isi buah mengkudu dihancurkan bersama gula dan diminum untuk mencuci usus. Daunnya digunakan untuk menghilangkan batuk, limpa yang membesar, peradangan kolon, mual, demam dan penyakit kulit. Getah daun mengkudu pula digunakan  untuk merawat artritis. Manakala rebusan kulit batang mengkudu ini digunakan untuk merawat penyakit malaria. Kulit akar mengkudu dipercayai dapat digunakan untuk merawat darah tinggi, lumbago (low back pain) dan kekejangan.

Produk HPA
Kapsul Mengkudu, Moment

No comments:

Post a Comment