"SESUNGGUHNYA TELAH ADA PADA DIRI RASULULLAH ITU CONTOH TAULADAN YANG BAIK BAGIMU IAITU BAGI ORANG-ORANG YANG MENGHARAP RAHMAT ALLAH DAN KEDATANGAN HARI KIAMAT DAN DIA BANYAK MENYEBUT NAMA ALLAH.“ (AL AHZAB : 21)

Tuesday 22 March 2011

ASAM GELUGOR

Nama Saintifik 
Garcinia cambogia 

Taburan
Tumbuhan ini berasal dari India, Thailand dan turut terdapat di Asia Tenggara.

Kegunaan
Di India tumbuhan ini digunakan untuk merawat edema, masalah haid, sembelit dan jangkitan cacing di dalam usus. Selain itu ia juga digunakan secara tradisional dalam penyediaan makanan dan pengawetan.

Sebatian Kimia
Dikenali sebagai ‘hydroxy citric acid’ iaitu sejenis asid organik semulajadi.

Kajian Saintifik
Kajian yang dijalankan mendapati ianya dapat
  • merencat proses sintesis lemak (lipogenesis).
  • merendahkan pengeluaran kolestrol dan asid lemak.
  • meningkatkan pengeluaran glikogen di hati.
  •  mengurangkan keinginan terhadap pengambilan karbohidrat dan seterusnya dapat mengawal selera makan.
  • mengelakkan karbohidrat berlebihan daripada ditukarkan kepada lemak.
  • membantu proses metabolisme tubuh berfungsi dengan lebih berkesan
  • meningkatkan pengeluaran haba oleh badan dengan mengaktifkan proses termogenesis.

Bagaimana Herba ini membantu Mengurangkan Berat Badan anda
Secara teorinya ianya dapat menolong mengurangkan proses sintesis lemak di dalam badan. Apabila tubuh mengambil kalori yang berlebihan daripada yang diperlukan, ianya akan bertindak menyekat aktiviti sejenis enzim iaitu enzim ‘ATP-citrate lyase’ daripada mengeluarkan Asetil CoA. Asetil CoA bertanggungjawab untuk mensintesis asid lemak.

Selera makan dikawal oleh sebahagian daripada sistem saraf dengan menghantar maklumat saraf tersebut dari hati ke otak. Penyelidik berpendapat bahawa ianya juga turut mempengaruhi selera makan dengan meningkatkan paras glikogen hati (disimpan dalam bentuk glukosa) dan seterusnya akan menyebabkan rasa kenyang di bahagian otak.

Produk HPA
Stoma-K

No comments:

Post a Comment