"SESUNGGUHNYA TELAH ADA PADA DIRI RASULULLAH ITU CONTOH TAULADAN YANG BAIK BAGIMU IAITU BAGI ORANG-ORANG YANG MENGHARAP RAHMAT ALLAH DAN KEDATANGAN HARI KIAMAT DAN DIA BANYAK MENYEBUT NAMA ALLAH.“ (AL AHZAB : 21)

Tuesday 22 March 2011

JERING

Nama saintifik                      
Pithecellobium jiringa

Ciri-ciri tumbuhan   
Pokok jering sederhana besar, ketinggiannya mencapai 25m. Kulit batangnya bewarna perang pucat kemerahan dan licin. Daun jering jenis majmuk terdiri daripada 2-3 pasang anak daun yang tersusun padat pada dua tangkai sisi. Pucuknya lembut berjurat berwarna ungu muda atau ungu. Bunganya kecil berwarna putih krim. Lenggai atau buah jering mempunyai lebar kira-kira 5 cm, bewarna perang keunguan gelap, berkulit tebal atau bercuping. Bijinya berwarna hijau muda kekuningan dan bertukar perang kemerahan apabila masak. Rasanya lemak-lemak pahit, agak pedar dan berbau kuat.


Taburan                                
Tersebar di seluruh Malaysia. Kebanyakan hidup liar di tepi-tepi hutan dan di hutan sekunder tetapi terdapat juga yang ditanam di dusun campuran atau di sekitar rumah.


Kandungan nutrisi
Jering mengandungi 10.5% protein, 84.1% karbohidrat, 52% air, 1.0% abu, 0.8% lemak, 3.6% gentian, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B dan C, sistin, alil sulfur, alkaloid dan asid jengk

Kegunaan tradisional           
Buah jering mempunyai nilai perubatan iaitu dapat mengurangkan tekanan darah tinggi. Daunnya digunakan untuk merawat sakit kulit dan sakit dada. Manakala kulit kayunya pula boleh dibuat ubat kumuran untuk sakit gigi. Buahnya digunakan untuk ubat kencing bernanah dan sakit gigi. Tumbuhan ini juga digunakan untuk merawat kencing manis. Selain itu kulit buahnya digunakan untuk membasuh rambut. Bagi mengubati batu karang dalam air karang, biji buah jering ditunbuk halus bersama sedikit halia dan direbus.Manakala air rebusan tersebut diminum setiap hari. Walau bagaimanapun pengambilan jering yang melebihi dos boleh menyebabkan ketoksikan yang boleh menyebabkan ‘hiperaemia’ ginjal iaitu peningkatan darah yang keterlaluan di ginjal dan kesukaran untuk membuang air kecil.

Produk HPA
Plantisol

No comments:

Post a Comment