Nama saintifik
Labisia pumila Ia pernah dinamakan sebagai Labisia pothoina.
Family
Myrsinaceae
Nama lain
Kacip Fatimah, selusoh Fatimah, rumpur Siti Fatimah, kacit Fatimah,pokok pinggang, rumput palis, tadah matahari, mata pelanduk rimba (Malay); Sangkoh (Iban).
Ciri-ciri tumbuhan
Kacip fatimah merupakan jenis herba berkayu dengan rizomnya yang tumbuh menjalar. Secara umunya ia mempunyai ketinggian 8 – 10 cm, dengan diameter batang di antara 1 – 2 cm. Daunnya berbentuk bujur dengan buahnya berwarna hijau dan berangkai-rangkai. Namun begitu, hasil kajian taksonomi botani mengenalpasti hanya tiga varieti Labisia pumila yang diperolehi di Malaysia iaitu L. pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var. lanceolata (Stone, 1988). Varieti ini dibezakan melalui ciri tangkai daunnya iaitu L. pumila var. alata mempunyai tangkai daun yang pendek (2-8 cm) bersayap lebar, sementara tangkai daun L. pumila var. pumila juga adalah pendek (2-8 cm) dan bersayap halus. L. pumila var. lanceolata pula mempunyai tangkai daun yang panjang (5-13 cm) tanpa sayap). Ia dikategorikan sebagai tumbuhan yang bersifat sejuk (Abdul & Muhamad 1996), oleh itu ia boleh digunakan untuk rawatan penyakit atau keadaan yang bersifat panas.
Taburan
Tumbuhan ini tumbuh dengan meluas di hutan, terutamanya di hutan pamah dan lereng bukit.
Kandungan sebatian kimia

Kegunaan secara tradisional
Ubat periuk yang terdiri daripada kacip fatimah dan beberapa herba lain dipercayai boleh memulihkan kesihatan dan fungsi fizikal dan mental. Ia lebih popular digunakan oleh kaum wanita bagi rawatan selepas bersalin, dalam minggu pertama hingga minggu kelima, kerana ia dipercayai boleh melancarkan peredaran darah, menggalakkan pengecutan rahim, menjarakkan kehamilan dan menambah atau memulihkan tenaga. Sementara sediaan dalam bentuk kapsul banyak digunakan untuk penjagaan kesihatan secara umum khususnya bagi kaum wanita.
Selain itu pokok kacip fatimah ini juga digunakan untuk mengubati buasir dan penyakit dalam tulang dengan meminum air rebusan akarnya. Daunnya yang telah ditumbuk dicampur dengan minyak kelapa digunakan untuk merawat bayi yang mengalami kembong perut. Rebusan tumbuhan ini juga digunakan untuk memudahkan bersalin selain digunakan untuk merawat senggugut, gonorea (penyakit kelamin), senak perut, cirit-birit dan rheumatik.
Produk HPA
Paramaria plus
No comments:
Post a Comment